Rakan Kerjasama
Beberapa Rakan Kerjasama terdiri daripada pelbagai bentuk organisasi antaranya seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Syarikat, dan pertubuhan lain yang ingin membentuk kerjasama secara bersepadu dalam menjayakan misi dan Matlamat KPKB
Etiqa Amanah Berhad (EAB)
Koperasi Peribumi Kelantan Berhad menjalin kerjasama strategik sebagai agen Etiqa Amanah Berhad bagi memperkukuh perkhidmatan amanah, pewarisan dan pengurusan harta.
Usahasama ini meningkatkan nilai tambah kepada anggota melalui akses perkhidmatan profesional, patuh syariah dan berstruktur. Inisiatif ini menyokong pembangunan ekonomi anggota secara mampan
Zamadi's Farm
Ladang ini adalah sebuah ladang akuakultur air tawar yang mengkhusus dalam bidang pembiakan benih tilapia merah. Ditubuhkan sejak 1 Mac 1997, ladang ini terletak di Lot 2201, Kedai Menanti, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perikanan air tawar. Ladang ini menawarkan benih ikan tilapia merah untuk dijual kepada pelanggan.
Persatuan Perusahaan Pertanian dan Ternakan Kelantan
Petubuhan ini berperanan dalam pelbagai perkara melibatkan sektor petanian dan penternakan di kelantan. Menggabungkan semua pengusaha melibatkan pelbagai kepakaran di bawah satu pertubuhan di Kelantan
Pertubuhan ini juga terlibat dalam menyediakan latihan dan sebagai pemudah cara kepada setiap individu yang ingin bergiat aktif dalam perusahaan pertanian dan penternakan secara komersial dan juga kecil kecilan.
Penyertaan terbuka kepada semua pengusaha Pertanian dan Ternakan di Negeri Kelantan
MKI Hartanah Sdn Bhd
Adalah sebuah Syarikat yang terlibat dalam bidang pemajuan hartanah di Kelantan.
Antara perkhidmatan yang disedikan adalah seperti pembinaan kediaman, pejabat, premis perniagaan,
terlibat juga dalam bidang pengurusan hartanah. Antaranya, seperti khidmat pecah sempadan tanah, bahagian syarat tanah, khidmat jual beli harta tanah, sewaan dan sebagainya.
